Tentang kami

shah alam, selangor, Malaysia
Rumah Amal Al Firdaus H/P : 019 2717313/ 013 313 4965 E-mail : pengurusanfirdaus@yahoo.com Website : pengurusanalfirdaus.blogspot.com Akaun Maybank: Pusat Pengurusan Al Firdaus 5627 5911 2087

PENGENALAN
Rumah Amal Al Firdaus(RAAF) adalah sebuah rumah kebajikan dan pendidikan yang telah dibuka pada 25 JUN 2010 dibawah pendaftaran 0019973030-W atas nama Pusat Pengurusan Al Firdaus yang berpusat di alamat No.179, Jalan Elektron U16/93, Seksyen U16, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. RAAF mendidik dan mengasuh seramai 21 orang anak-anak peringkat prasekolah.


PENUBUHAN


Ditubuhkan oleh sepasang suami isteri sebagai pengasasnya. Dengan berbekalkan semangat dan cita-cita untuk berkhidmat kepada masyarakat khususnya kepada anak-anak bangsa, agama dan negara sedari kecil lagi.

Di antara punca keresahan masyarakat adalah generasi muda yang semakin rosak dengan berbagai gejala sosial. Ibubapa terlalu sibuk hingga tidak sempat memberi perhatian kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak itu selain miskin harta, mereka juga miskin kasih sayang, miskin ilmu dan miskin iman. Adalah malang bagi suatu bangsa kalau ada kanak-kanak yatim atau fakir miskin terbiar , walhal otaknya genius. Bahkan ramai juga anak orang kaya harta yang kurang kasih sayang,ilmu dan iman. Bila dewasa dia hanya jadi penganggur atau buruh kasar. Lebih malang lagi kalau dia menjadi penagih dadah atau penjenayah. Itu adalah kerugian besar sedangkan dia adalah asset agama bangsa dan negara. Oleh itu semua pihak wajib membanteras kemiskinan ini secara keseluruhan. Kita wajib bekerjasama menyumbang harta, ilmu, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan usaha mulia ini.

       Atas keperihatinan ini maka tertubuhlah rumah amal ini. Pembinaan insan menjadi teras utamanya agar lahir generasi yang seimbang antara jasad, akal, nafsu dan rohnya. Dengan itu mereka dapat menjadi anggota masyarakat yang berwibawa untuk generasi masa hadapan.






OBJEKTIF RAAF

1.Mendidik anak-anak ini untuk menjadikan Tuhan    sebagai matlamat hidup dan syariat islam sebagai panduan.

2.Membela anak-anak yang kurang bernasib baik serta memberi kasih sayang.

3.Mendidik generasi kecil ini untuk menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia.

4.Membantu anak-anak yatim yang hilang tempat bergantung dan dibawa untuk tinggal bersama anak-anak asnaf zakat untuk memupuk rasa bersama dan berkasih sayang.

5.Membantu pihak penyumbang menyalurkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa melalui prosedur yang menyulitkan.

 6.Melahirkan anak-anak yang boleh berdikari dan menampung kehidupannya dimasa akan datang.





MATLAMAT RAAF

RAAF bermatlamat tinggi untuk melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dan aman harmoni, yang mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dirinya sendiri, yang didalamnya terjalin hubungan rapat antara golongan kaya dan miskin iaitu dengan menjadikan kebajikan sebagai satu agenda utama masyarakat untuk mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat. Kaya dan miskin adalah kasih sayang Tuhan agar manusia bekerjasama untuk keharmonian. Si kaya perlukan si miskin untuk akhiratnya,si miskin perlukan si kaya untuk dunianya. Si kaya memberi dengan ikhlas,si miskin menerima dengan syukur. Di sinilah keindahan dunia yang Tuhan ciptakan.

Selain itu,antara matlamat lain adalah untuk melahirkan anak-anak di bawah jagaan RAAF ini berjaya di segi pembangunan rohaniahnya dan pembangunan material disamping menjadi seorang manusia di masa depan. Ilmu dan pelajaran yang diikuti oleh mereka,juga latihan-latihan yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan akhirnya menjadikan mereka seorang yang pandai berdikari dan mempunyai jati diri yang kuat dalam menempuh dugaan dan cabaran hidup.





KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah kemudahan yang diperlukan untuk melancarkan sistem kebajikan dan pendidikan di RAAF
:
1.      Kos Asas Asrama: Sewaan rumah, bil utility (air, elektrik, telefon) kos pengangkutan pelajar, dll.

2.      Makanan: Bahan asas basah dan kering seperti beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan billis, milo, susu tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap manis, sos, mihun, mee kuning, biskut, sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, ikan buah-buahan dan sebagainya.

3.      Keperluan Harian: Pakaian (baru atau terpakai), alat tulis, pakaian seragam, sabun, berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci dan lain-lain.

4.      Peralatan Ibadah: Rehal, sejadah, buku agama dan lain-lain.

5.      Peralatan Pejabat/Sekolah: (Baru/terpakai) Komputer, mesin faks, printer,  meja, kerusi, white board, rak buku, perabot dan sebagainya.

6.      Peralatan Rumah: Mesin basuh, katil, tilam, almari, TV, kipas, penghawa dingin, karpet, bantal, cadar, langsir dan lain-lain.

7.      Kenderaan: (Baru atau terpakai) Kereta, van atau bas. Untuk pengangkutan, menghantar barang-barang ke rumah anak yatim dan fakir miskin, mengambil barang-barang dari rumah penyumbang, kegunaan diwaktu sakit, menghadiri jemputan dan urusan lain-lain yang berkaitan.







KOS PERBELANJAAN KEPERLUAN BULANAN

1.Makan Minum(Rm4 x 21 Orang x 30 Hari)RM 2,520

2.Bil Air, Elektrik, Telefon dan Fax             RM 1,000

3.Kos Rawatan Dan Perubatan                   RM    500

4.Sewa Kenderaan Dan Minyak                 RM    500

5.Belanja Pelajaran                                  RM 1,000

6.Saguhati Penyelia Dan Guru Pembantu
     (500 x 4)                                              RM 2,000

7.Pengurusan                                         
RM    500

8.Iklan, Flayers Dan Promosi                   RM    200

9.Sewa Rumah                                       RM 1,500


Jumlah Keseluruhan                                RM 9,720